Menurut definisi dari Investopedia, D.C.A / Dollar Cost Averaging bermaksud :
“Teknik pelaburan dengan membeli sesuatu dana pada jumlah amaun pelaburan yang tetap dan dalam tempoh berkala tidak kira apa jua harga dana tersebut.”
Sekiranya anda mengikut tips saya diposting sebelum ini, anda sudah mengumpul wang dan mempunyai sejumlah RM3,000 sedia untuk dilaburkan, kebarangkalian besar adalah anda akan memilih untuk melabur kesemua wang tersebut secara lump sum. Ini tidak menjadi kesalahan, tetapi apa akan berlaku jika harga dana tersebut merudum?
Akibatnya, anda akan menanggung kerugian kerana telah menghabiskan dana anda secara keseluruhanya. Bagaimana pula jika anda mencuba kaedah DCA untuk beberapa bulan pertama?
Contoh ini saya ambil daripada Pelaburan Syariah Blog
Contoh Pelaburan En Ali secara regular:
19 Januari
Nav 0.50, jumlah pelaburan RM2000
= Unit Terkumpul 4,000
19 April
Nav 0.44, jumlah pelaburan RM2000
= Unit Terkumpul 4,444.44
19 Julai
Nav 0.60, jumlah pelaburan RM2000
= Unit Terkumpul 3,333.33Jumlah Keseluruhan Unit = 11,777.77
Contoh diatas menunjukkan jumlah pelaburan En.Ali di dalam sebuah dana unit trust A.Selepas melabur secara konsisten setiap 3 bulan(suku tahunan/quarterly basis),En Ali telah pun mengumpul sebanyak 11,777.77 unit dana unit trust A. Average/purata harga unit yang dikumpul oleh En.Ali boleh dikira seperti berikut:
Jumlah Pelaburan : RM 6000
Unit Terkumpul : 11,777.77 unit
Average/Purata Harga unit : (Jumlah Pelaburan / Unit Terkumpul ) = RM0.509 dibundarkan RM 0.51
Mengunakan teknik ini akan mengurangkan risiko kepada pelaburan anda, tetapi tidak akan menghilangkanya secara keseluruhanya.
DCA tidak mengoptimumkan keuntungan. Ini kerana mengunakan teknik ini bermakna anda tidak mengambil kesempatan membeli ketika pasaran rendah dan menjual ketika pasaran meningkat.
DCA sesuai jika anda mempunyai modal yang rendah dan membuat pelaburan untuk jangka masa panjang, ini kerana sepanjang tempoh pelaburan, anda akan mengoptimunkan risiko. Namun jika pelaburan berjangka masa pendek, kaedah ini hampir tidak mempunyai kesan.
Sekiranya anda hanya memilih untuk melabur didalam porfolio harga tetap ASNB, ini bukanlah kaedah yang boleh anda amalkan. Walau bagaimanapun, pelaburan secara kosisten setiap bulan akan membantu anda mendapatkan jumlah purata bulanan yang lebih tinggi untuk mendapatkan dividen.
Saya akan kongsikan lebih lagi didalam post yang akan datang. Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat kepada anda.
3 thoughts on “Dollar Cost Averaging (DCA)”